Thursday, March 14, 2013

Aktiviti seterusnya>>>



Assalamualaikum kawan-kawan=D

Jum...Jum...Kita lihat aktiviti yang seterusnya. semoga aktiviti ini dapat membantu pelajar membentuk tingkah laku yang positif didalam bilik darjah.


Aktiviti penetapan tingkah laku positif yang dilakukan oleh murid terhadap diri mereka sendiri.


Nama Aktiviti Ini 
 ______“We Are The Prince And Princess”______
hint untuk karakter setiap murid ___My character today___


Objektif : mewujudkan tingkah laku yang posiif dalam bilik darjah.

Konsep: murid-murid menetapkan sendiri tingkah laku positif yang diingini.


Cara pelaksanaannya :

1>>Di sudut kelas, guru menyediakan ruang gambar yang terdapat gambar setiap murid-murid didalam kelas tersebut.

2>>Kemudian guru menamakan ruangan tersebut tersebut “we are the prince and princess”



3>> Guru perlu menerangkan kepada murid-murid bahawa mereka perlu menetapkan satu tingkah laku positif yang akan mereka lakukan pada minggu tersebut. Setiap minggu penetapan tingkah laku akan berubah-ubah.


4>> Setelah guru memberikan penerangan, murid akan diberi satu kertas dan marker pen untuk menulis tingkah laku yang mereka ingini.

Kemudian mereka akan menulis dan tampal pada gambar masing-masing.




5>>Sekiranya didapati terdapat murid yang tidak mengikuti tingkah laku yang mereka tetapkan, mereka perlu bertanggungjawab terhadap kesalahan mereka dan akan dikenakan denda sebanyak 50 sen.




semoga aktiviti ini dapat membantu guru-guru mengaplikasikannya disekolah nanti=D
Good Luck!!!

AKTIVITI MEWUJUDKAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG POSITIF


AKTIVITI 2 : KAD MANILA ILMU BERLAGU

OLEH: NUR'AISYAH BINTI MOHD AMNAN

PENGENALAN

  • Pengurusan bilik darjah merupakan satu proses untuk memastikan pelajaran dalam bilik darjah dapat berjalan dengan lancar walaupun pada masa yang sama berlaku gangguan daripada tingkah laku murid. (Akhiar Pardi & Shamsina Shamsuddin, 'Pengurusan Bilik Darjah & Tingkah Laku',2012)
  • Guru bertanggungjawab untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang aktif dan menyeronokkan.
  • Sebuah bilik darjah yang kondusif merupakan sebuah bilik darjah yang selamat, bersih, selesa serta merangsang pembelajaran selain dapat membina sebuah komuniti bilik darjah yang harmoni.
  • Maksud kad mengikut Kamus Pelajar Edisi Kedua, Dewan Bahasa dan Pustaka ialah kertas tebal yang tidak berapa besar dan biasanya bersegi panjang dan digunakan untuk berbagai-bagai keperluan.
  • Maksud kad manila mengikut Kamus  Pelajar Edisi Kedua, Dewan Bahasa dan Pustaka ialah kad pelbagai warna yang diperbuat daripada hem manila atau daripada gentian kayu.
  • Berlagu menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka bermaksud berirama;selaku bernyanyi.
BAHAN-BAHAN

  • Empat keping kad manila.
  • Empat batang pen marker.
  • Pelekat(Double tape).
  • Muzik (Beberapa jenis lagu-Lagu Kanak-Kanak).
  • Komputer riba.
  • Pembesar suara.

PELAKSANAAN

1. Pembahagian Kumpulan:
  •  Murid-murid dibahagikan kepada empat kumpulan yang terdiri daripada tujuh hingga lapan orang.
  •  Tujuannya agar murid-murid mudah bekerjasama antara satu sama lain dan isi pelajaran dapat            difahami dengan lebih mudah.  
2. Penerangan Arahan:
  • Setelah murid-murid berada di dalam kumpulan masing-masing, mereka diberi penerangan oleh guru   
          tentang arahan aktiviti.

3. Kaedah Melakukan Aktiviti:


  • Guru menampal empat keping kad manila pada papan kenyataan kelas.
  • Setiap kumpulan diberikan satu pen marker oleh guru.
  • Setiap kumpulan berada pada tempat masing-masing dalam keadaan bersedia:
          * Tempat pertama (kad manila 1) -> Ciri-ciri pelajar yang cemerlang.
          * Tempat kedua (kad manila 2) -> Ciri-ciri anak yang baik.
          * Tempat ketiga (kad manila 3) -> Saya SAYANG..............???
          * Tempat keempat (kad manila 4) -> Bila dah besar, saya nak jadi.......???
  • Muzik (Lagu kanak-kanak yang pertama) dimainkan, menandakan aktiviti bermula.
  • Setiap pelajar di dalam kumpulan masing-masing hendaklah menjawab persoalan atau menyenaraikan ciri-ciri yang diberikan pada tempat-tempat tersebut secara bergilir-gilir.
  • Tempoh masa bagi setiap kumpulan adalah selama enam minit.
  • Muzik dihentikan menandakan tempoh enam minit telah tamat.
  • Setelah itu, setiap kumpulan bergerak ke tempat yang seterusnya, dan muzik (lagu kanak-kanak yang lain) pun dimainkan. Tempoh masa masih sama iaitu selama enam minit. 
  • Aktiviti ini dilakukan secara empat kali dan guru memastikan kesemua kumpulan dapat menyelesaikan soalan di setiap tempat. (Empat tempat=Empat Kad Manila).
3. Pembentangan:
  • Wakil kumpulan menceritakan apa yang mereka dapat sepanjang aktiviti.
  • Semua kad manila dibiarkan ditampal pada papan kenyataan sebagai motivasi kepada murid-murid. 


       
         

Sunday, March 10, 2013

SINOPSIS: The Ron Clark Story








The Ron Clark Story mengikuti kisah inspiratif dari seorang guru muda yang energik, kreatif dan idealis yang meninggalkan kampung halamannya yang kecil North Carolina untuk mengajar disekolah bandar di New York City . Melalui penggunaan kaedah dengan menetapkan peraturan yang khusus untuk kelas nya, teknik mengajar yang sangat inovatif dan berusaha mengenali pelajar-pelajarnya serta membantu mereka mengatasi masalah mereka, Clark mampu membuat perubahan yang luar biasa dalam kehidupan murid-muridnya. 

          

             Ketika Mr. Clark masuk ke kelasnya untuk pertama kalinya, dia melihat keadaan yang begitu bising dan hingar bingar. Mereka begitu biadab terhadap gurunya dan sama sekali tidak menghargainya. Mr. Clark berusaha untuk menyesuaikan diri dengan keadaan pelajarnya yang mendapat label “kelas yang tidak diinginkan”. Dia selanjutnya menetapkan beberapa peraturan dalam kelasnya dan peraturan yang pertama sekali dibuat adalah menjadikan kelas tersebut sebagai sebuah keluarga. Mr Clark sangat menekankan keberadaan mereka sebagai sebuah keluarga yang harus saling membantu, menghargai dan menyayangi antara satu sama lain.




              

            Semasa mula-mula mengajar, Mr. Clark mengalami berbagai masalah yang dari pelajarnya sendiri. Bermula dari kebiasaan mereka yang tidak menghargai kawan mahupun gurunya, berkgaduh, dan juga kenakalan-kenakalan lain. Ada suatu peristiwa ketika Mr. Clark menunjukkan kemarahandengan membalikkan meja pelajarnya yang bernama Shemika, ia merasa kecewa dan putus asa. 


        Ketika harus menghadapi keadaan yang sangat sukar gagal mendapatkan perhatian dan rasa hormat dari para pelajarnya, Mr. Clark merasa putus asa dan berniat untuk berhenti mengajar di SD Harleem. Namun begitu ada salah seorang teman Mr. Clark yang bernama Maurice, ia adalah seorang wanita yang dikaguminya. Maurice memberinya semangat agar tetap berjuang dan membuktikan bahwa dirinya mampu. Berkat dorongannya itu, akhirnya Clark mengurungkan niatnya untuk menyerah dan kembali mengajar di kelasnya keesokan harinya.


               Selain itu, muncul juga masalah dari Mr. Turner yang merupakan guru besar sekolah di SD tersebut. Ia merasa kurang seusai dengan gaya pembelajaran yang dilakukan oleh Mr. Clark, bahkan dia sempat menekan Mr. Clark dengan mengatakan “My school, my rule, my way”. Mr. Turner pun juga hanya mengutamakan nilai dan kelulusan seluruh pelajarnya, sehingga ia kurang percaya dengan kaedah yang dilakukan oleh Mr. Clark dan terus menuntut agar seluruh pelajarnya lulus.


             Dalam mengajar siswanya Mr. Clark menggunakan kaedah-kaedah yang lain daripada yang lain. Dia menggunakan kaedah yang disukai dan dapat membuat pelajarnya merasa selesa dan senang selama proses pembelajaran. Antaranya ialah dengan menggunakan radio tape, berjalan jalan, bergaya yang mempunyai unsur kecindan, bahkan ia tidak segan untuk duduk di atas meja dimana biasanya hal itu adalah sesuatu yang tidak sopan dilakukan oleh seorang guru. Dia mencuba mendalami dan memahami pelajar-prelajarnya yang mempunyai masalah satu per satu kemudian dia berusaha menanganinya. Dia rela mengorbankan waktunya untuk membantu pelajarnya agar dapat belajar dan menjadi lebih baik lagi.


           Mr. Clark adalah seorang guru yang dapat melihat potensi-potensi kecerdasan dan bakat yang dimiliki oleh para pelajarnya dengan baik. Bahkan kini ia dapat membuat pelajar-pelajarnya mulai untuk menyukainya. Dia bekerja keras untuk membuat para pelajarnya dapat belajar dengan baik. Dia meluangkan waktunya untuk memberikan pelajaran tambahan bagi para pelajarnya secara peribadi.Sehingga dia tidak menghiraukan keadaan kesihatannya. Ketika beberapa hari sebelum Ujian nasional dilakukan, berbagai macam usaha dan kerja keras telah dilakukan Mr. Clark, mentalnya semakin mendapatkan tekanan hebat dan tenaganya semakin kurang, hingga membuat badannya dalam keadaan yang tidak baik. Ketika ia harusnya dirawat di rumah sakit dia masih saja berusaha mengajar. Hingga ia jatuh pengsan ketika mengajar di depan kelas.


               Ketika seorang guru dirawat di rumah sakit, tentu saja proses pembelajaran di kelasnya pun akan terhenti. Namun tidak demikian pada kelas Mr. Clark, dia tetap mengajar pelajarnya dengan menggunakan rakaman videonya yang telah disediakan lebih awal. Dibantu oleh Maurice, Clark membuat video dan menayangkan di kelas. Mr. Clark seorang guru yang luar biasa. Seminggu sebelum Ujian Nasional Mr. Clark sudah masuk kembali ke kelasnya. Dia hanya sekadar mengulang dan memberikan penerangan kepada pelajarnya. Kelas Mr. Clark kini menjadi sebuah kelas yang sangat berbeza daripada keadaan awal, hubungan kekeluargaan yang terbangun kini menjadi semakin erat.


          Ketika hari pelaksanaan Ujian Nasional Mr. Clark merasa cemas dan tegang memikirkan pelajarnya. Dan ketika ujian berakhir, nampak terdapat beberapa ekspresi lega dari raut wajah Mr. Clark. Selanjutnya Mr. Clark mengajak seluruh pelajarnya ke DE PHANTOM of de Opera, sebagai hadiah dan sekaligus merehatkan minda setelah menghadapi ujian Nasional. Saat para pelajar mendapat tiketnya, kelihatan mereka begitu senang dan bersemangat.


             Malam menjelang ketika pertunjukan dimulai, dan hujan gerimis pun mengiringinya. Sebelum memasuki ruang pertunjukan, Clark menghitung jumlah muridnya dan ternyata ada seorang muridnya kurang, Tisha namanya pelajarnya yang sangat berbakat dalam hal melukisr. Setelah itu dia kemudian mencari anak tersebut ke rumahnya, namun Mr. Clark tidak bertemu dengannya. Selanjutnya dia mencari ke sebuah tempat dimana Tisha biasa berada. Dan dia menemukan bahawa Tisha telahdianiaya oleh orang tuanya. Kemudianya dia diajak oleh Mr. Clark tinggal sementara di rumah Mr. Turner.


                Ketika hasil telah diperoleh, pada hari itu Mr. Clark telah mengundang ibu bapa pelajar menyaksikan pengumuman anak-anak mereka. Di tengah-tengah acara itu, Mr. Turner tiba-tiba masuk dan memberikan surat pengumuman. Isi dari surat tersebut adalah memberitahukan bahwa keputusan salah satu pelajarnya merupakan markah tertingggi dalam Ujian nasional, bahkan markah rata-rata kelas itu yang terbaik dan mengalahkan markah rata-rata kelas terbaik. Kelas pun menjadi riuh dengan kebahagiaan dan kegembiraan. Ungkapan rasa puas dan bahagia nampak begitu terlihat pada wajah Mr. Clark. Atas semua hal yang diperolehi oleh para pelajar tersebut, mereka memberikan penghargaan pada Mr. Clark sebagai guru terbaik.
























Saturday, March 9, 2013

AKTIVITI MEWUJUDKAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG POSITIF


AKTIVITI 1: MENGHIAS KELAS DENGAN KATA-KATA MOTIVASI/HIKMAT
OLEH: NUR SYAHIRAH BINTI MATNOH

         PENGENALAN

v  Motivasi merupakan aspek penting dalam pengurusan bilik darjah.
v  Bilik darjah sebagai satu organisasi  pembelajaran yang berkesan perlu menekankan aspek motivasi bagi mendorong kemajuan dan pencapaian cemerlang pelajar.
v  Bilik darjah yang bermotivasi tinggi dapat mendorong setiap orang menjadi lebih aktif, produktif dan progresif untuk mengembangkan potensi mereka.

PELAKSANAAN

1.    Pembahagian Kumpulan
ü  Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil untuk memudahkan mereka bekerjasama.
2.    Mencari dan mengumpul kata motivasi
ü  Setiap kumpulan diarahkan untuk mengumpul/membina/mencari kata-kata motivasi.
ü  Setiap kumpulan perlu mengumpul atan mencari sekurang-kurangnya 10 ayat atau kata-kata motivasi.
3.    Berkongsi di Hadapan Kelas
ü  Setelah semua kumpulan menyelesaikan tugas tersebut, wakil ahli kumpulan diminta untuk berkongsi kata-kata motivasi yang dikumpulkan.
ü  Hal ini adalah untuk mengelakkan kata-kata motivasi yang dikumpul sama dengan kumpulan lain.
ü  Hal ini juga adalah untuk memastikan bahawa setiap kumpulan memahami setiap maksud kata-kata motivasi yang mereka kumpulkan.
4.    Menghias Kelas Dengan Menampalkata-Kata Motivasi/Hikmat Di Setiap Sudut Di Dalam Kelas
ü  Kata-kata motivasi yang dikumpulkan ditulis dengan kreativiti kumpulan masing.
ü  Setiap kumpulan bebas menggunakan kreativiti masing-masing bagaimana untuk menarik perhatian setiap orang yang masuk ke kelas tersebut membaca dan menghayati kata-kata motivasi/hikmat tersebut.
ü  Kata-kata motivasi di tampal dengan jelas dan mudah difahami oleh orang yang membacanya khususnya para pelajar.

KEBAIKAN

v  Murid dapat belajar untuk saling bekerjasama antara satu sama lain.
v  Mewujudkan kesedaran yang tinggi dalam kalangan pelajar terhadap pentingnya pelajaran.
v  Dapat memberi inspirasi dan aspirasi kepada pelajar atas bimbingan guru yang mendorong kepada kemajuan pelajar.
v  Membina keyakinan diri pelajar sama ada motivasi dalaman atau luaran yang dapat membina imej positif pelajar.
v  Mencungkil minda dan pemikiran pelajar untuk membina kata-kata hikmat yang menjadikan pemikiran lebih aktif.

KESIMPULAN

v  Slogan dan kata-kata hikmat yang boleh memberangsangkan semangat pelajar perlu digunakan sebagai suatu pendekatan motivasi dalam bilik darjah. Menanamkan semangat kita boleh atau keyakinan diri adalah satu bentuk motivasi diri yang sangat penting, khususnya kepada pelajar yang berprestasi rendah atau lemah.
v  Semangat untuk maju dan membangun sangat penting ditanamkan dalam diri pelajar supaya mereka mempunyai harapan yang lebih baik untuk berjaya dalam pelajaran.