Assalamualaikum
kawan-kawan=D
Jum...Jum...Kita lihat aktiviti yang
seterusnya. semoga aktiviti ini dapat membantu pelajar membentuk tingkah laku
yang positif didalam bilik darjah.
Aktiviti penetapan tingkah laku positif yang dilakukan oleh murid terhadap diri mereka sendiri.
Nama Aktiviti
Ini
______“We Are The Prince And Princess”______
hint
untuk karakter setiap murid ___My character today___
Objektif : mewujudkan tingkah laku yang posiif dalam bilik darjah.
Konsep: murid-murid menetapkan sendiri tingkah laku positif yang
diingini.
Cara
pelaksanaannya :
1>>Di sudut kelas, guru menyediakan ruang gambar yang
terdapat gambar setiap murid-murid didalam kelas tersebut.
2>>Kemudian guru menamakan ruangan tersebut tersebut “we are the prince and princess”
3>> Guru perlu menerangkan kepada murid-murid bahawa mereka
perlu menetapkan satu tingkah laku positif yang akan mereka lakukan pada minggu
tersebut. Setiap minggu penetapan tingkah laku akan berubah-ubah.
4>> Setelah guru memberikan penerangan, murid akan diberi
satu kertas dan marker pen untuk menulis tingkah laku yang mereka ingini.
Kemudian mereka akan menulis dan tampal pada gambar masing-masing.
5>>Sekiranya
didapati terdapat murid yang tidak mengikuti tingkah laku yang mereka tetapkan, mereka perlu
bertanggungjawab terhadap kesalahan mereka dan akan dikenakan denda sebanyak 50 sen.
semoga
aktiviti ini dapat membantu guru-guru mengaplikasikannya disekolah nanti=D
Good
Luck!!!