Saturday, March 9, 2013

AKTIVITI MEWUJUDKAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG POSITIF


AKTIVITI 1: MENGHIAS KELAS DENGAN KATA-KATA MOTIVASI/HIKMAT
OLEH: NUR SYAHIRAH BINTI MATNOH

         PENGENALAN

v  Motivasi merupakan aspek penting dalam pengurusan bilik darjah.
v  Bilik darjah sebagai satu organisasi  pembelajaran yang berkesan perlu menekankan aspek motivasi bagi mendorong kemajuan dan pencapaian cemerlang pelajar.
v  Bilik darjah yang bermotivasi tinggi dapat mendorong setiap orang menjadi lebih aktif, produktif dan progresif untuk mengembangkan potensi mereka.

PELAKSANAAN

1.    Pembahagian Kumpulan
ü  Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil untuk memudahkan mereka bekerjasama.
2.    Mencari dan mengumpul kata motivasi
ü  Setiap kumpulan diarahkan untuk mengumpul/membina/mencari kata-kata motivasi.
ü  Setiap kumpulan perlu mengumpul atan mencari sekurang-kurangnya 10 ayat atau kata-kata motivasi.
3.    Berkongsi di Hadapan Kelas
ü  Setelah semua kumpulan menyelesaikan tugas tersebut, wakil ahli kumpulan diminta untuk berkongsi kata-kata motivasi yang dikumpulkan.
ü  Hal ini adalah untuk mengelakkan kata-kata motivasi yang dikumpul sama dengan kumpulan lain.
ü  Hal ini juga adalah untuk memastikan bahawa setiap kumpulan memahami setiap maksud kata-kata motivasi yang mereka kumpulkan.
4.    Menghias Kelas Dengan Menampalkata-Kata Motivasi/Hikmat Di Setiap Sudut Di Dalam Kelas
ü  Kata-kata motivasi yang dikumpulkan ditulis dengan kreativiti kumpulan masing.
ü  Setiap kumpulan bebas menggunakan kreativiti masing-masing bagaimana untuk menarik perhatian setiap orang yang masuk ke kelas tersebut membaca dan menghayati kata-kata motivasi/hikmat tersebut.
ü  Kata-kata motivasi di tampal dengan jelas dan mudah difahami oleh orang yang membacanya khususnya para pelajar.

KEBAIKAN

v  Murid dapat belajar untuk saling bekerjasama antara satu sama lain.
v  Mewujudkan kesedaran yang tinggi dalam kalangan pelajar terhadap pentingnya pelajaran.
v  Dapat memberi inspirasi dan aspirasi kepada pelajar atas bimbingan guru yang mendorong kepada kemajuan pelajar.
v  Membina keyakinan diri pelajar sama ada motivasi dalaman atau luaran yang dapat membina imej positif pelajar.
v  Mencungkil minda dan pemikiran pelajar untuk membina kata-kata hikmat yang menjadikan pemikiran lebih aktif.

KESIMPULAN

v  Slogan dan kata-kata hikmat yang boleh memberangsangkan semangat pelajar perlu digunakan sebagai suatu pendekatan motivasi dalam bilik darjah. Menanamkan semangat kita boleh atau keyakinan diri adalah satu bentuk motivasi diri yang sangat penting, khususnya kepada pelajar yang berprestasi rendah atau lemah.
v  Semangat untuk maju dan membangun sangat penting ditanamkan dalam diri pelajar supaya mereka mempunyai harapan yang lebih baik untuk berjaya dalam pelajaran.

5 comments:

  1. syukran atas perkongsian ilmu :)
    ley laa copy :P

    ReplyDelete
  2. hehee...sama2..tu pun pnya lama nk fikir..

    ReplyDelete
  3. salam,,,minta maaf kerana byk memberikan komen,,,adakah aktiviti ini boleh dilaksanakan ketika pnp?? mksud saya,,ketika guru sdg mengajar,,bagaimana aktiviti ini membantu ketika kelas diluar kawalan??

    ReplyDelete
  4. wasalam..tidak mengapa..aktiviti ini boleh juga dilaksanakan sewaktu pnp atau pun dilakuakn sebagai aktiviti tambahan..
    setiap aktiviti yang dilakukan memerlukan kerjasama dengan murid lain..kerjasama yang baik dengan rakan-rakan mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang positif..begitu juga dengan komunikasi yang baik dengan guru..

    ReplyDelete