Thursday, March 14, 2013

AKTIVITI MEWUJUDKAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG POSITIF


AKTIVITI 2 : KAD MANILA ILMU BERLAGU

OLEH: NUR'AISYAH BINTI MOHD AMNAN

PENGENALAN

  • Pengurusan bilik darjah merupakan satu proses untuk memastikan pelajaran dalam bilik darjah dapat berjalan dengan lancar walaupun pada masa yang sama berlaku gangguan daripada tingkah laku murid. (Akhiar Pardi & Shamsina Shamsuddin, 'Pengurusan Bilik Darjah & Tingkah Laku',2012)
  • Guru bertanggungjawab untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang aktif dan menyeronokkan.
  • Sebuah bilik darjah yang kondusif merupakan sebuah bilik darjah yang selamat, bersih, selesa serta merangsang pembelajaran selain dapat membina sebuah komuniti bilik darjah yang harmoni.
  • Maksud kad mengikut Kamus Pelajar Edisi Kedua, Dewan Bahasa dan Pustaka ialah kertas tebal yang tidak berapa besar dan biasanya bersegi panjang dan digunakan untuk berbagai-bagai keperluan.
  • Maksud kad manila mengikut Kamus  Pelajar Edisi Kedua, Dewan Bahasa dan Pustaka ialah kad pelbagai warna yang diperbuat daripada hem manila atau daripada gentian kayu.
  • Berlagu menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka bermaksud berirama;selaku bernyanyi.
BAHAN-BAHAN

  • Empat keping kad manila.
  • Empat batang pen marker.
  • Pelekat(Double tape).
  • Muzik (Beberapa jenis lagu-Lagu Kanak-Kanak).
  • Komputer riba.
  • Pembesar suara.

PELAKSANAAN

1. Pembahagian Kumpulan:
  •  Murid-murid dibahagikan kepada empat kumpulan yang terdiri daripada tujuh hingga lapan orang.
  •  Tujuannya agar murid-murid mudah bekerjasama antara satu sama lain dan isi pelajaran dapat            difahami dengan lebih mudah.  
2. Penerangan Arahan:
  • Setelah murid-murid berada di dalam kumpulan masing-masing, mereka diberi penerangan oleh guru   
          tentang arahan aktiviti.

3. Kaedah Melakukan Aktiviti:


  • Guru menampal empat keping kad manila pada papan kenyataan kelas.
  • Setiap kumpulan diberikan satu pen marker oleh guru.
  • Setiap kumpulan berada pada tempat masing-masing dalam keadaan bersedia:
          * Tempat pertama (kad manila 1) -> Ciri-ciri pelajar yang cemerlang.
          * Tempat kedua (kad manila 2) -> Ciri-ciri anak yang baik.
          * Tempat ketiga (kad manila 3) -> Saya SAYANG..............???
          * Tempat keempat (kad manila 4) -> Bila dah besar, saya nak jadi.......???
  • Muzik (Lagu kanak-kanak yang pertama) dimainkan, menandakan aktiviti bermula.
  • Setiap pelajar di dalam kumpulan masing-masing hendaklah menjawab persoalan atau menyenaraikan ciri-ciri yang diberikan pada tempat-tempat tersebut secara bergilir-gilir.
  • Tempoh masa bagi setiap kumpulan adalah selama enam minit.
  • Muzik dihentikan menandakan tempoh enam minit telah tamat.
  • Setelah itu, setiap kumpulan bergerak ke tempat yang seterusnya, dan muzik (lagu kanak-kanak yang lain) pun dimainkan. Tempoh masa masih sama iaitu selama enam minit. 
  • Aktiviti ini dilakukan secara empat kali dan guru memastikan kesemua kumpulan dapat menyelesaikan soalan di setiap tempat. (Empat tempat=Empat Kad Manila).
3. Pembentangan:
  • Wakil kumpulan menceritakan apa yang mereka dapat sepanjang aktiviti.
  • Semua kad manila dibiarkan ditampal pada papan kenyataan sebagai motivasi kepada murid-murid. 


       
         

4 comments:

  1. bagus! aktiviti yang menarik..

    ReplyDelete
  2. salam ya ukhti,,,bagaimana anda ingin memastikan bhwa murid akan membrikan kerjasama kepada anda kerana menurut situasi,,murid tidak mengendahkan kehadiran guru??

    ReplyDelete
  3. Idea yang baik...menarik dan kreatif...bagi saya, walaupun aktiviti ini nampak sukar untuk dijalankan tapi saya yakin aktiviti ini akan dapat berjalan dengan lancar hasil daripada bimbingan guru dan memberikan kesan yang baik kepada murid-murid...tahniah...teruskan usaha...:)

    ReplyDelete