Thursday, March 14, 2013

Aktiviti seterusnya>>>



Assalamualaikum kawan-kawan=D

Jum...Jum...Kita lihat aktiviti yang seterusnya. semoga aktiviti ini dapat membantu pelajar membentuk tingkah laku yang positif didalam bilik darjah.


Aktiviti penetapan tingkah laku positif yang dilakukan oleh murid terhadap diri mereka sendiri.


Nama Aktiviti Ini 
 ______“We Are The Prince And Princess”______
hint untuk karakter setiap murid ___My character today___


Objektif : mewujudkan tingkah laku yang posiif dalam bilik darjah.

Konsep: murid-murid menetapkan sendiri tingkah laku positif yang diingini.


Cara pelaksanaannya :

1>>Di sudut kelas, guru menyediakan ruang gambar yang terdapat gambar setiap murid-murid didalam kelas tersebut.

2>>Kemudian guru menamakan ruangan tersebut tersebut “we are the prince and princess”



3>> Guru perlu menerangkan kepada murid-murid bahawa mereka perlu menetapkan satu tingkah laku positif yang akan mereka lakukan pada minggu tersebut. Setiap minggu penetapan tingkah laku akan berubah-ubah.


4>> Setelah guru memberikan penerangan, murid akan diberi satu kertas dan marker pen untuk menulis tingkah laku yang mereka ingini.

Kemudian mereka akan menulis dan tampal pada gambar masing-masing.




5>>Sekiranya didapati terdapat murid yang tidak mengikuti tingkah laku yang mereka tetapkan, mereka perlu bertanggungjawab terhadap kesalahan mereka dan akan dikenakan denda sebanyak 50 sen.




semoga aktiviti ini dapat membantu guru-guru mengaplikasikannya disekolah nanti=D
Good Luck!!!

No comments:

Post a Comment